PETALING JAYA: Lincah tetapi tidak bahaya, malah sukar menjaringkan gol menentang lawan. Itu yang boleh digambarkan dengan penampilan skuad bawah 23 (B-23) dalam dua aksi kempen peringkat Kumpulan D Piala Asia B-23 yang sedang berlangsung di Qatar. Kelmarin skuad kendalian Juan Torres Garrido tumpas 0-2 kepada Vietnam, kekalahan kedua di peringkat kumpulan selepas rebah kepada Uzbekistan dengan jaringan yang sama sebelum ini sekali gus menutup peluang untuk mara lebih jauh dalam kejohanan itu. Penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, skuad B-23 seolah-olah memberi harapan palsu kepada peminat bola…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya