LONDON: Liverpool mencapai persetujuan dengan Feyenoord untuk mengambil Arne Slot menggantikan Jurgen Klopp selaku pengurus kelab England itu, lapor media Britain. Persatuan Akhbar berkata, perkara yang dipersetujui termasuk pakej pampasan terhadap pengurus berusia 45 tahun itu yang masih mempunyai baki dua tahun kontrak bersama kelab Belanda itu. BBC pula mendakwa persetujuan itu melibatkan nilai 9.4 juta pound. Slot pada Khamis lalu berkata, dia yakin akan memikul tanggungjawab itu di Anfield. “Saya mahu ke Liverpool. Sekarang saya hanya menunggu persetujuan kelab mengenai rundingan tersebut. Saya sangat yakin,” katanya kepada wartawan. Slot…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya