WARGANEGARA yang tidak boleh berbahasa negara sama sekali setelah lebih enam dasawarsa negara ini ditubuhkan adalah persoalan nasional yang runcing dan perlu dibincang segera bagi mengatasinya sebaik-baiknya. Ia tidak boleh lagi dikesampingkan seperti yang berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi sesudah dititahkan Ketua Negara pada kesempatan formal yang pertama setelah baharu sahaja menaiki takhta. Selain titah itu tidak disahut langsung setakat ini, terdapat pihak tertentu yang cuba menegak benang yang basah dengan mengajukan pelbagai alasan yang bukan sahaja tidak munasabah, juga memperlihat sikap tidak nasional langsung. Lebih mendukacitakan ialah pihak berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya