ALOR SETAR: Penyokong skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC boleh menarik nafas lega apabila kelab itu telah menyelesaikan tunggakan gaji musim 2023 untuk semua pemain dan pegawainya. Pembayaran itu merangkumi pasukan utama Liga Super, KDA FC B (Piala MFL – Bawah 23 Tahun), KDA FC C (Piala Presiden – Bawah 20 Tahun) dan KDA FC D. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA, Shahrul Samsudin berkata, kesemua tunggakan termasuk pembayaran kepada staf pentadbiran kelab dilakukan semalam. “Alhamdulillah, pihak pengurusan berjaya mengatasi masalah tunggakan yang membelenggu kelab sejak hujung tahun lepas dengan daya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya