PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri akan memberi fokus utama kepada latihan persiapan ke Sukan Olimpik Paris. Izzah yang layak secara tidak rasmi ke Paris selepas menduduki tempat kelapan dalam acara keirin berkata, pada masa ini latihan menjadi fokus utama kerana perlumbaan kelayakan mata Olimpik sudah tamat. “Saya akan tunggu apa arahan selanjutnya daripada jurulatih. Sebelum ini tiada siapa yang jangka saya layak ke Paris. Maka itu menjadi motivasi saya untuk berusaha keras. Orang tidak nampak usaha saya selama ini dan inilah hasilnya walaupun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya