SHAH ALAM: Kenneth De Silva mendahului hari pertama Kejohanan Golf Piala Toyota Cross, kejohanan kedua dalam siri Jelajah Toyota selepas mencatat enam bawah 66 di lapangan Glenmarie di sini, semalam. Pemain berusia 34 tahun itu membenam tujuh birdie untuk mendahului permainan mengatasi lawan, Galven Green dan Malcom Ting dengan kelebihan satu pukulan manakala Ben Leong dan Nicholas Fung ketinggalan empat bawah. De Silva yang meraih gelaran pertamanya selaku pemain profesional pada ADT Sarawak pada 2012 agak terkejut dengan permainannya berbanding dengan persiapan yang dibuat. “Agak lama juga saya tidak bermain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya