PETALING JAYA: Lee Zii Jia mengakui ketahanan fizikal dan mental lawannya Lakshya Sen lebih ampuh menyebabkan dia terpaksa akur kepada pemain India yang menghuni ranking ke-18 dunia itu di Kejohanan All England, semalam. Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara itu tewas 22-20, 16-21, 19-21 sekali gus meranapkan impiannya untuk mengulangi pencapaian tiga tahun lalu apabila dinobatkan sebagai juara. Kekalahan tersebut juga menyaksikan pemain India berusia 23 tahun tersebut semakin menjarakkan rekod pertemuan dengan Zii Jia kepada 4-1. “Saya rasa ketahanan fizikal dan mental membantu Lakshya untuk mencatat kemenangan pada perlawanan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya