SEBELUM ini, video-video nasihat tentang solat, doa dan ayat-ayat al-Quran dikupasnya sering melintas di dinding laman sosial saya. Mungkin saya antara individu ‘terlewat’ mengenali Fatin Nabila Ahmad Zainuddin, 26, sedangkan beliau sudah pun diikuti lebih sejuta pengikut di TikTok. Dalam setiap videonya yang saya tonton, kandungan jelas, mudah difahami, santai dan tidak menjemukan itulah yang paling menangkap perhatian. Pempengaruh media sosial ini berkata, setiap perkongsian itu, tidak sekadar kandungan atau meraih populariti, sebaliknya, bertujuan menyampaikan mesej tadabbur al-Quran dan kebaikannya kepada seluruh masyarakat tanpa mengira sempadan usia dan geografi. “Sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya