‘LOMPAT tikam’ merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sangat popular di Pantai Timur. Mempunyai dwi lapisan, bahagian bawah kuih ini berwarna hijau dilengkapi sebatian rasa pandan, manakala bahagian atasnya pula berwarna putih, lemak bersantan dengan dilebihkan sedikit rasa masinnya. Kuih ini hanya lengkap apabila dimakan bersama air gula Melaka. Berbeza dengan lompat tikam versi Kelantan yang dimakan bersama pulut berwarna merah, lompat tikam versi Terengganu pula tidak dihidangkan bersama pulut. Di bulan Ramadan, lompat tikam merupakan antara juadah yang seringkali dihidangkan oleh ibunda di kampung halaman. Teksturnya yang lembut dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya