PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan dasar penswastaan Liga Malaysia (Liga M) yang diperkenalkan pada musim 2020 bukanlah punca kepada masalah kewangan dan tunggakan gaji yang melanda beberapa pasukan ketika ini. Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, masalah kewangan kelab Liga M berlaku kerana ada pasukan yang berbelanja di luar kemampuan ‘poket’ mereka khususnya dengan menawarkan gaji yang tinggi untuk memancing pemain. “Tak juga (dasar penswastaan punca isu kewangan kelab Liga M). Dasar penswastaan dari FA (Persatuan Bolasepak Negeri) ke FC (Kelab Bolasepak) itu satu dasar yang bagus.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya