KUALA LUMPUR: Selepas dihambat kekalahan dua kali berturut-turut, pasukan TNB Thunderbolts bangkit menang bergaya 8-2 ke atas JM Antsbees dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. TNB bermula garang di babak pertama dengan membuka jaringan menerusi Muhammad Syamim Naim Abdul Hamid seawal minit kesembilan permainan. Gol seterusnya disusuli oleh Zufar Saiful Marsita dan Muhammad Amirul Haniff Mamat pada minit ke-12 dan 14 menerusi pukulan sudut. JM Antsbees yang menghuni kedudukan tercorot liga bangkit menambah jaringan menerusi S. Khartikesan pada minit ke-20 sebelum tamat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya