PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan menapis senarai panjang calon ketua jurulatih hoki kebangsaan setelah permohonan untuk jawatan itu yang dibuka sejak 5 Februari lalu berakhir semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Datuk Majid Manjit Abdullah menjelaskan, dia tidak dapat memberi gambaran penuh jumlah permohonan yang diterima, namun mendedahkan jumlah permohonan jurulatih luar negara melebihi jurulatih tempatan. Kesemua permohonan itu akan disaring oleh Jawatankuasa Kejurulatihan pada Selasa depan, dan kemudian calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga. “Saya tidak dapat memberi jumlah sebenar permohonan yang yang diterima kami (MHC),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya