PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie mendedahkan punca utama mereka terlepas gelaran juara badminton Masters Thailand kelmarin adalah kegagalannya untuk melindungi rakan sepasukan, Toh Ee Wei. Dalam perlawanan final yang berlangsung di Stadium Niminbutr, Bangkok itu, Ee Wei menjadi lubuk buat lawan apabila diasak hebat oleh gandingan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang juga pasangan No. 9 dunia. Pasangan negara ini tewas dengan keputusan 12-21, 18-21, sekaligus berputih mata untuk mengulangi kejayaan yang pernah dilakar Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menjadi juara kejohanan ini pada 2018 dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya