BELGRADE: Pasukan tenis Serbia menerima tamparan apabila tewas 0-4 kepada Slovakia dalam aksi pusingan kelayakan Piala Davis di Dewan Sukan Kraljevo kelmarin. Biarpun Serbia berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir pada edisi lalu, namun tanpa bintang utama Novak Djokovic, pasukan itu beraksi dengan penuh longlai. Perlawanan pertama membabitkan Miomir Kecmanovic menyaksikan dia tumbang 6-7 (2-7), 2-6 kepada Lukas Klein. Dusan Lajovic cuba untuk memberikan tentangan ketika berdepan dengan Alex Molcan, namun kemudian akur apabila tewas 6-4, 2-6, 0-6. Lukas Klein pula yang bergandingan dengan Igor Zelenay dalam acara beregu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya