PETALING JAYA: Pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini tidak berpuas hati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya biarpun mereka berjaya menjulang Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 kelmarin. TNB menewaskan penyandang juara, Terengganu Hockey Team menerusi penentuan penalti shoot out 3-1, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 60 minit perlawanan. Biarpun berjaya menjulang trofi pertama pada musim ini, Saiful tidak berselindung apabila kecewa dengan prestasi beberapa tonggak utama yang beraksi di bawah tahap sebenar. Hakikatnya, biarpun Piala Sumbangsih menjadi milik mereka, TNB terpaksa berpuas hati meraih satu mata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya