PETALING JAYA: Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang bermesyuarat tadi memutuskan mengeluarkan dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri daripada program tersebut. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-duanya gagal mara ke Sukan Olimpik Paris 2024 Julai ini menerusi dua Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, baru-baru ini yang menjadi acara kelayakan terakhir awal bulan ini. Bagaimanapun, katanya, kedua-duanya akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara. “Pandelela dan Nur Dhabitah telah melakukan yang terbaik untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya