PETALING JAYA: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berisiko digugurkan daripada program sukan elit, Road to Gold (RTG) selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan. Pandelela gagal meraih tempat ke temasya sukan terbesar dunia itu selepas terkandas awal dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha pada Ahad. Turut sama berisiko untuk digugurkan adalah rakan sepasukan, Nur Dhabitah Sabri yang turut gagal menempatkan diri dalam kedudukan empat terbaik apabila sekadar meraih tempat ke-12 dalam acara 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya