PETALING JAYA: Impian pasukan pemotoran negara, Onexox TKKR Racing untuk terus kekal beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau sebaliknya akan diketahui pada hari ini. Prinsipal pasukan, Bobie Farid Shamsuddin mendedahkan pasukannya itu kini mengalami masalah kewangan, dan tidak menolak kemungkinan akan berundur daripada saingan perlumbaan itu pada musim ini. Lebih mengecewakan, biarpun telah tujuh tahun membawa nama Malaysia dengan memenangi pelbagai gelaran di pentas ARRC, Bobie mengakui kesemua pencapaian tidak memberi sebarang makna apabila gagal menarik perhatian pihak berwajib untuk menaja pasukannya. Biarpun ada beberapa organisasi tampil untuk bekerjasama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya