KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) memulakan siasatan susulan dakwaan Datuk Pandelela Rinong berhubung isu gangguan yang berlaku dalam kem penerjun negara sehingga menjejaskan persembahan mereka di Kejohanan Akuatik Dunia di Qatar minggu lalu. Setiausaha Agung MAS, Andy Low berkata, persatuan itu telah membincangkan isu hangat tersebut dalam pertemuan dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan sedang mencari punca perkara yang menjejaskan reputasi skuad kebangsaan. “Kami mengadakan perbincangan secara menyeluruh hari ini melibatkan jurulatih dan pengarah teknikal. “Bukan itu sahaja, kami turut membincangkan kebaikan dan titik kelemahan kami dan ia telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya