Kekejangan betis jejas lompatan Andre di Adelaide

Kekejangan betis jejas lompatan Andre di Adelaide

ANDRE Anura Anuar masih berpeluang memperbaiki kedudukannya apabila bersaing dalam Kejohanan Olahraga Jemputan Melbourne, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar untuk mengukuhkan kedudukan dalam ranking Olimpik tercalar setelah dihimpit kekejangan betis ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga Jemputan Adelaide.

Andre yang mendapat jemputan beraksi di Kejohanan Jelajah Benua Olahraga Dunia Taraf Gangsa itu berputih mata apabila sekadar melakar lompatan sejauh 15.79 meter (m) untuk menamatkan saingan di tangga kelima keseluruhan.

Keputusan menyaksikan ranking Olimpik Andrea jatuh sebanyak tujuh anak tangga dari kedudukan sebelum ini 30 dunia.

Bagaimanapun, jurulatihnya, Ahmad Firdaus Salim masih berbangga dengan pencapaian dilakar Andre biarpun beraksi dalam keadaan sakit.

“Untuk kejohanan pertama tahun ini boleh dianggap tidak kurang hebatnya, tambahan ini juga kejohanan yang bagus.

“Sasaran awal adalah untuk Andre melakukan lompatan sekurang-kurangnya 16m, tetapi betis kirinya mengalami kekejangan ketika lompatan ketiga. Apa pun secara keseluruhan masih dianggap baik, cuma dia perlu mempertingkatkan lagi kelajuan lariannya sebelum lompatan.

“Saya juga tidak punca utama dia mengalami kekejangan, cuma ini sudah lama berlaku sejak awal tahun lalu,” kata Firdaus.

Berdasarkan format kelayakan ke Sukan Olimpik oleh Persekutuan Olahraga Dunia (WA), hanya 32 atlet terbaik dalam ranking itu akan layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu pada Julai depan.

Justeru Andrea masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukannya apabila akan turun bersaing dalam Kejohanan Olahraga Jemputan Melbourne, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya