PETALING JAYA: Semua jurulatih di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menikmati kadar skim gaji baharu selepas tidak berlaku sebarang pergerakan gaji sejak ia diluluskan kabinet kira-kira sedekad yang lalu. Ia selepas Mesyuarat Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semalam meluluskan penyelarasan jumlah gaji dan imbuhan baharu untuk Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK) berkuatkuasa daripada 1 Januari lalu. MSN dalam satu kenyataan berkata, jurulatih sepenuh masa yang berkhidmat untuk Program Podium dan Pelapis Kebangsaan akan menikmati kenaikan berdasarkan kepada tahap kelayakan mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya