PETALING JAYA: Tempat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Paris 2024 hampir pasti berada dalam genggaman selepas mempamerkan aksi cemerlang di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia. Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley berkata, kejayaan Azizulhasni meraih emas dalam acara keirin dan menamatkan saingan di tempat keempat bagi acara pecut minggu lalu pada dasarnya telah memastikan dia mendapat tiket ke Paris. Bagaimanapun, Beasley berkata, jaguh basikal trek negara itu perlu menunggu kerana status kelayakan untuk atlet berbasikal trek hanya secara rasmi diumumkan selepas kempen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya