DOHA: Penyerang sensasi Jordan, Musa Al-Taamari mampu menjadi watak penting kepada pasukannya untuk memenangi kejuaraan sulung dan bergelar ‘Raja Asia’ baharu. Aksi cemerlang Al-Taamari mengetuai jentera serangan sepanjang kejohanan membantu pasukannya mara ke final kali pertama dalam sejarah mereka. Jordan layak ke peringkat kalah mati sebagai antara empat pasukan tempat ketiga terbaik tetapi sejak itu mereka semakin meningkat. Dalam kejohanan dibayangi bintang Liga Perdana Inggeris seperti pemain Korea Selatan, Son Heung-min dan Lee Kang-in (Paris St Germain), sebaliknya Al-Taamari, 26, yang lebih menyerlah dalam pertembungan separuh akhir kedua-dua pasukan. Al-Taamari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya