BARU-BARU ini terbaca satu pendapat ruangan serius berbahasa Inggeris tentang kedudukan orang Melayu amnya di Malaysia. Penulisan itu berkisar perihal rasuah dan perbuatan tidak beretika yang meruntuhkan maruah kaum tersebut, khasnya kebelakangan ini. Kes rasuah semakin berleluasa melibatkan orang ternama dan memberi kesan terburuk kepada semua lapisan termasuk yang tidak berdosa. Langkah untuk menebus semula kedudukan mereka di mata dunia gagal memberi nafas baharu. Dasar yang digubal, walaupun berniat baik, disalahgunakan oleh pelbagai pihak yang dilaporkan mengaut untung untuk diri sendiri atau kelompoknya. Khususnya apabila memegang tampuk kuasa berasaskan politik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya