Lyana lebar sayap ke Kosovo

Lyana lebar sayap ke Kosovo

Nur Lyana Soberi (depan, tiga dari kiri) bersama rakan sepasukan dalam Kelab Bolasepak Wanita KFF Presingu-Viti di Kosovo. – IHSAN FB NURLYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
BIARPUN agak lewat bermain bola sepak, namun isu masa tidak menjadi halangan buat pemain wanita kebangsaan, Nur Lyana Soberi yang kini baru sahaja melebarkan bakatnya ke Liga Wanita Kosovo.

Dia yang sebelum ini merupakan tonggak utama Selangor FC dan pernah beberapa kali mewakili Malaysia ke kejohanan antarabangsa, menjadi contoh luar biasa kepada atlet-atlet wanita negara agar tidak melihat faktor usia sebagai sekatan jika memiliki azam yang hebat untuk memajukan diri.

Berusia 24 tahun, gadis berperwatakan lembut ini ternyata berbeza semasa beraksi di atas padang dengan kawalan bola yang baik dan lincah serta sangat tegas.
Mingguan Malaysia mengupas sisi peribadinya yang kini menjadi pemain import kelab KFF Presingu-Viti.

 

Sebelum mendapat tawaran berhijrah ke Kosovo, adakah beraksi di liga luar negara pernah menjadi angan-angan anda satu ketika dulu?

Ya, sebagai pemain, saya semestinya ingin ke peringkat lebih baik, saya nak tahu tahap kemampuan diri sendiri dan ingin cipta pengalaman baharu dengan beraksi di luar negara. Saya tiada liga/negara spesifik, cuma impian ke luar Malaysia memang selalu ada

Anda peminat Zlatan Ibrahimovic atau Erling Haaland?

Zlatan Ibrahimovic.

Bagaimana reaksi saudara mara dan rakan-rakan sebaik mengetahui anda akan berkelana ke luar negara?

Mereka sangat bangga de­ngan peluang dan rezeki yang saya dapat ini. Mereka beri sokongan sepenuhnya untuk saya pergi melebarkan bakat

Sejak bila mula bermain bola sepak dan kenapa setia dengan sukan ini?

Sejak 18 tahun. Saya mula bermain agak lambat sebab sebelum itu bermain hoki di sekolah menengah. Selepas habis sekolah baru saya kenal bola sepak dan sejak itu saya lihat kelebihan dan kebolehan lebih baik dalam sukan itu terutama ketika dapat mewakili negara pada 2018, ha­nya selepas setahun bermain.

Adakah ini tahun pertama anda menyambut hari kemerdekaan di luar negara, dan apakah kenangan sambutan kemerdekaan paling manis di Malaysia?

Ya, ini tahun pertama saya sambut kemerdekaan di luar negara. Kenangan manis adalah ketika saya perlu bertugas pada malam ambang kemerdekaan semasa bekerja di Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pernah patah hati kerana cinta? Boleh ceritakan sedikit kenapa dan adakah anda sudah move on.

Tidak, saya lebih fokus kepada kerjaya.

Filem terakhir ditonton di pawagam?

Polis Evo.

Perkara paling merisaukan anda untuk hidup di Kosovo?

Bahasa dan makanan, sebab saya sangat cerewet bab makan.

Satu perkara/hobi tentang anda yang perlu orang tahu

Suka makan.

Lebih suka berkain batik, berseluar atau berbaju kelawar ketika di rumah?

Berseluar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya