KITA lazim mendengar bahawa kucing merupakan binatang kesayangan baginda Rasulullah SAW. Walaupun demikian hakikatnya, tidak ada sebarang riwayat sahih yang membuktikan bahawa baginda SAW memelihara kucing tertentu dengan nama khusus. Perkara ini berbeza dengan seorang sahabat baginda bernama Abdul Rahman ibn Sahr yang amat sinonim dengan kucing sehinggakan diberi kuniyah (gelaran) sebagai Abu Hurairah bermaksud bapa kucing. Beliau gemar membawa bersama-sama anak kucing yang dipeliharanya ke mana-mana berjalan dan bermain-main dengannya. Kucing merupakan binatang yang suka bermain-main, dimanja serta mesra. Sifat semula jadi ini menjadikannya sebagai binatang kesayangan dan hiburan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya