BUAT kesekian kalinya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-69 membangkitkan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan untuk menunjukkan kononnya Kerajaan Perpaduan bermasalah, tidak boleh diikuti dan tidak boleh disucikan. Jika Abdul Hadi seorang ulama jujur, beliau mesti ingat sewaktu Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO serta dihadapkan ke mahkamah kemudiannya atas dakwaan masalah moral, beliau terkedepan mempertahankan Anwar. Tercatat rekod dalam Penyata Rasmi Mesyuarat Khas Parlimen pada 29 September 1998, Abdul Hadi berucap tegas mempertahankan Anwar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya