Cinta dua jejaka buat dara keliru - Utusan Malaysia

Cinta dua jejaka buat dara keliru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Saya ditakdirkan bertemu dua jejaka, pertama atas dasar perkenalan yang tak disengajakan. Seorang lagi sudah lama memendam rasa minat kepada saya. Dua-dua lelaki ini membahagiakan saya. Bagaimana mahu memilih yang terbaik?

Gadis Dilema

Jawapan

Melalui alam percintaan akan ada fasa-fasa yang ditakdirkan dengan jalan cerita cinta yang berbeza-beza. Akan ada berlaku, di saat kita mempunyai hubungan mesra dengan seseorang, muncul pula cinta yang lain. Apatah lagi dugaan yang lebih berat cinta ke dua itu datang dengan ‘pakej’ yang sempurna.

Memilih cinta itu bergantung kepada pilihan diri seseorang tentang mana satukah yang terbaik. Kita boleh memilih atau kita boleh membiarkan cinta yang hadir itu pergi begitu sahaja. Apa yang saudari boleh lakukan:

* Pilih pasangan yang anda rasa selesa bila bersama-sama. Tanya hati saudari adakah cara dia melayan, buat diri saudari rasa dihargai dan senaraikan.

* Tanya dan buat penilaian melalui keluarga atau rakan terdekat jejaka itu kerana mereka pasti lebih kenal, berbanding saudari. Cara ini turut membantu saudari lebih kenal hati budi jejaka berkenaan.

* Bercerita dengan terbuka kepada keluarga tentang dilema saudari hadapi dan minta pandangan mereka.

* Berdoa agar diberikan petunjuk pilihan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya