Dahulu setiap kali upacara ritual dilakukan, Tantagas akan dipanggil mengetuai pelbagai ritual yang diamalkan oleh suku kaum Dusun Lotud, Sabah. Namun, perubahan zaman menyebabkan tantagas atau bomoh wanita dalam kalangan masyarakat Dusun Lotud atau Suang Lotud ini semakin pupus. Di daerah lain, tantagas turut dikenali sebagai bobolian atau bobohizan. Semasa masyarakat Suang Lotud masih mengamalkan adat tradisi nenek moyang mereka, tantagas sering kali diamanahkan untuk mengetuai upacara pemujaan semangat padi mahupun ‘mamahui pogun’ iaitu upacara bagi menghukum individu yang melakukan perbuatan sumbang bagi pasangan yang belum berkahwin. Ketika mengetuai upacara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya