TANGGUNGJAWAB sebagai ibu bapa bukan sekadar melahirkan atau menyediakan makan, minum dan tempat tinggal kepada anak-anak. Namun, peranan tersebut berpanjangan terutama dalam pembinaan keperibadian, akhlak dan pendidikan mereka. Hasil kajian longitudinal selama 30 tahun oleh sekumpulan pakar psikologi kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) mendapati perilaku seseorang dewasa merupakan natijah daripada pendidikan yang diterima dalam tempoh tiga setengah tahun pertama kehidupan. Justeru, pendidikan awal berhubung adab, akhlak, kasih sayang dan empati merupakan aset bernilai untuk ditanam dan disuburkan dalam diri kanak-kanak. Malangnya, dasawarsa ini kebanyakan masyarakat lebih memilih gajet sebagai peneman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya