Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baharu 2023 pada 30 Januari lalu sarat dengan pelbagai idea baharu dan menarik, khasnya dengan 11 azam untuk menjadikan pendidikan tinggi Malaysia lebih mampan dalam mendepani cabaran semasa. Menteri mahu membawa transformasi sebenar dan menyeluruh dalam sektor pendidikan tinggi negara. Langkah radikal dan pragmatik, hakikatnya, amat diperlukan bagi institusi pendidikan tinggi (IPT) negara, memandangkan episod yang berlaku lima tahun lalu, khasnya ketidakstabilan politik negara telah menghambat kemajuan pendidikan tinggi Malaysia. Episod berkenaan juga telah banyak melunturkan kepercayaan rakyat terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya