MEMEGANG watak antagonis sebagai perampas suami kepada kawan baik sendiri mendatangkan cabaran besar buat pelakon, Uqasha Senrose. Walaupun pernah menerajui pelbagai watak utama selain 13 tahun berkecimpung dalam bidang seni, ternyata naskhah baharu berjudul Isteri Halal mendatangkan cabaran tersendiri buat dirinya. Sebab itu, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30 bersedia menerima kecaman penonton dek penangan menjayakan drama bersiri 60 episod ini. “Saya rasa takut juga terhadap penerimaan penonton sebenarnya tetapi lantaran watak, saya sedia dibenci. Sudah tentu penonton akan rasa geram bila menonton drama ini. Namun, bagi saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya