Soalan:
Saya berkahwin lebih 15 tahun lalu. Masalah saya, suami culas membantu saya melakukan kerja rumah. Pinggan di atas meja tidak pernah diangkat ke sinki. Segala urusan anak-anak, saya uruskan. Bila saya meluah rasa, tiada sikap empati darinya. Dia beri alasan penat berkerja. Saya jadi stress dengan sikapnya. Apa perlu saya lakukan?
Isteri kecewa
Jawapan:
Sikap suami puan mungkin disebabkan faktor latarbelakang keluarga, persekitaran dan agamanya. Tidak mudah untuk kita mengubah sikap seseorang yang sebati bertahun lamanya dalam sekelip mata.
Puan, boleh cuba berbincang semula menggunakan orang ketiga yang boleh dipercayai. Jangan putus asa berdoa pada Allah. Adalah sangat penting sebagai surirumah mendapat mental emosi yang sihat bagi mengurus rumahtangga.
Berkongsi perasan dengan orang yang betul membantu puan berfikiran positif dan lebih kuat berdepan dengan suami sebegitu. Sebagai suami pula, nafkah bukan hanya sekadar memberikan makan dan minum secara zahir tetapi lebih dari itu.
Jika kita sudi mendengar luahan rakan-rakan sepejabat apa salahnya kita juga turut belajar mendengar untuk pasangan kita. Mungkin kita rasa agak terlambat. Tapi untuk membina rumahtangga yang harmoni sentiasa ada jalan untuk yang berusaha.
—–
Ada masalah? Kaunselor Berdaftar, Zumasni Rajikin sedia menjawabnya. Sila emel soalan ke [email protected].