Arus dan angin kuat di samping hujan lebat secara tiba-tiba menguji fizikal serta mental 61 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam menyelesaikan cabaran berkayak mengeliling Tasik Beris di Sik, Kedah baru-baru ini. Sepanjang enam jam ekspedisi itu, ada peserta yang terumbang-ambing bersama kayak mereka, tidak kurang juga keletihan. Namun, sokongan rakan-rakan membantu membangkitkan semangat untuk menghabiskan ekspedisi berkayak sempena program outreach itu. Peserta, Nurul Ieman Hishamudin, 23, berkata, ketahanan mental dan fizikal mereka teruji sebaik sahaja aktiviti itu bermula. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan itu berkata, mereka perlu bersiap-siaga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya