Rezeki tidak salah alamat. Selepas enam tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Alvin Chong, 32, diiktiraf di persada antarabangsa menerusi kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia ke-27 di Manila, Filipina baru-baru ini. Ia adalah pencapaian yang membanggakan, sekali gus melonjakkan nama Alvin dalam persada seni tempatan dan serantau Asia. Alvin atau nama sebenarnya Alvin Chong Chean Wah, tidak pernah menyangka bakat lakonannya diiktiraf menerusi satu penganugerahan di peringkat antarabangsa. Meskipun jika hanya sekadar melepasi peringkat pencalonan sahaja, dia tetap bersyukur. “Saya tidak pernah terfikir akan menang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya