Saya tak cakap pun nak nikah - Fauziah Ahmad Daud - Utusan Malaysia

Saya tak cakap pun nak nikah – Fauziah Ahmad Daud

FAUZIAH AHMAD DAUD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ramai orang ingat saya hendak bernikah. Saya tak cakap pun nak bernikah.”

Itu jawapan seniwati, Fauziah Ahmad Daud apabila ditanya berhubung status yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin.

Fauziah atau lebih popular disapa Ogy berkata, risikan yang dimaksudkan adalah pinangan daripada produksi, DStar Management yang bakal mengadakan teater muzikal Wajah rahsia Hati Februari tahun hadapan.

“Risikan yang dimaksudkan adalah pelawaan produser, Hafiz Glamour untuk mengadakan teater muzikal ini sebenarnya. Saya tak ada cakap nak nikah pun.

“Cuma bila ramai yang doa, saya aminkan sahaja,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancanran teater muzikal itu di sini hari ini.

Teater Muzikal Wajah Rahsia Hati bakal diadakan di Gateway Theatre Singapura itu pada 11 Februari tahun hadapan.

Persembahan monolog tersebut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah, Che Kem.

Dalam pada itu, Ogy berkata, tawaran tersebut sudah diterima sejak lima tahun lalu dan akhirnya, dia memberanikan diri untuk bermonolog bercerita tentang perjalanan hidupnya.

“Banyak istikharah yang saya buat sebelum setuju terlibat dalam teater muzikal ini. Lima tahun, saya belum berani sebenarnya.

“Tetapi keyakinan dan kematangan diri membuatkan saya berani. Nak pegang panggung ini bukan satu kerja mudah. Tetapi ini bukan satu bebanan.

“Saya yakin mampu untuk memberi persembahan terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya