‘Memontengkan’ anak sudah jadi perkara normal? - Utusan Malaysia

‘Memontengkan’ anak sudah jadi perkara normal?

Pihak peniaga dilihat suka menaikkan harga barangan waktu cuti sekolah menjelma. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minggu ini cuti sekolah bermula. Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya seronok berkongsi mengenai pengisian sepanjang tiga minggu cuti sekolah ini.

Pentingnya ‘bercuti’ sampai ada yang tanpa segan silu sanggup memontengkan sekolah anak, beberapa hari sebelum cuti bermula untuk membawa anak melancong. Tidak bijaknya perbuatan itu bila ada yang berkongsi di media sosial gambar pulang bercuti awal, tanpa rasa bersalah.

Ibu bapa yang memontengkan anak ini bertindak sedemikian dengan alasan ingin mengelakkan kesesakan. Maklumlah cuti sekolah.

Harga bilik yang mencanak tinggi waktu sekolah juga antara alasan diberikan ibu bapa memontengkan anak ‘diluar’ minggu cuti persekolahan.

Sebab itu mereka bercuti di luar waktu cuti sekolah. ‘Dekat-dekat’ dengan tarikh cuti sekolah pun sudah dikira sebagai cuti sekolah.

Memontengkan anak semata-mata bercuti atau balik kampung bukanlah perkembangan sihat. Ia membawa naratif kurang elok, seolah-olah menghalalkan ponteng.

Ia tidak sepatutnya menjadi ikutan. Anak-anak pun besar kemungkinan akan terikut-ikut dengan sikap ibu bapa sebegini yang tidak melihat bersekolah sebagai suatu bermanfaat.

Kalau ada hal sahaja, termasuklah kenduri kendara, tulis surat kepada pihak sekolah untuk ponteng. Bunyinya agak keterlaluan tetapi ia berlaku.

Sebenarnya membawa anak bercuti bukanlah wajib, tetapi ada segelintir ibu bapa yang rasa bersalah dan malu bila waktu cuti sekolah tidak ke mana-mana.

Malah dikhabarkan, ada ibu bapa yang sanggup meminjam semata-mata untuk bercuti di pusat peranginan.

Pada saya cuti sekolah ini lebih bererti bila ia dimanfaatkan bersama keluarga. Tidak ke mana ertinya bercuti kalau masing-masing hanya berkepit dengan telefon pintar.

Berbicara soal bajet percutian keluarga ini, sebenarnya isu yang selalu dirungutkan oleh ibu bapa ialah mengenai harga barangan yang meningkat naik waktu ini, sama macam harga naik waktu nak sambut perayaan.

Sedangkan waktu cuti sekolah inilah bila ramai orang keluar berjalan-jalan, harga ditawarkan lebih murah.

Janganlah menjadikan pengguna sasaran sebab itu tidak adil. Kalau tidak percaya, tengok media sosial. Macam-macam aduan ada berhubung harga barangan.

Pihak berkuasa, silalah ambil perhatian aduan rakyat.

Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita,
Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya