Baru-baru ini heboh wanita bersalin tapi tidak menyedarinya dirinya selama ini mengandung. Kejadian itu cukup memeranjatkan kerana tidak mungkin wanita hamil tidak dapat merasai pergerakan bayi atau perut yang kian membesar? Bagaimanapun apa yang berlaku itu, bukan mustahil kerana ada penjelasan daripada sudut perubatan. Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Prof. Dr. Nur Azurah Abdul Ghani berkata, memang ada kes wanita tidak sedar mereka hamil, namun ia jarang berlaku. Katanya, ia mungkin disebabkan kandungan tidak sihat, di mana tiada pembesaran janin serta hilangnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya