Menjelang tahun 2030, Malaysia bakal dinobatkan sebagai negara menua dengan 14 peratus daripada populasi berusia 60 tahun dan ke atas. Golongan berkenaan berdepan proses penuaan yang melibatkan peningkatan tekanan oksidatif tubuh, sekaligus meningkatkan risiko penyakit kronik degeneratif seperti penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, kanser dan juga demensia atau nyanyuk. Menurut Penyelidik Program Dietetik, Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Suzana Sahar, demensia dikenalpasti sebagai faktor utama menyebabkan ketidakupayaan dalam kalangan populasi menua di negara ini. Justeru, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya