Apabila nyawa jadi bahan taruhan - Utusan Malaysia

Apabila nyawa jadi bahan taruhan

Telur yang sudah rosak biasanya tercemar dengan pelbagai jenis bakteria khususnya bakteria salmonella. GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASA gembira pengguna apabila negara dihujani telur setelah hampir tiga bulan kemarau melanda negara, antara berita paling hangat diperkatakan. Ramai wanita khusunya ibu, melahirkan rasa syukur berkat negara kian sejahtera, tenteram, malah segala-galanyalah usai mengundi bulan lepas.

Namun kegembiraaan itu tidak lama sebab lambakan telur dipasaran, adalah stok lama yang sudah rosak.

Saya pun mengambil kesempatan melihat ‘keadaan’ telur ayam dimaksudkan di kedai. Memang nampak dalam sepapan telur itu, hanya dua tiga biji yang baharu, selebihnya lama yang dapat kita kenali daripada kulitnya yang berhabuk.

Kalau dah luarnya lama, dalamnya tidak perlu dibayangkan. Mungkin ada yang sudah bertukar hitam. Kembang tekak, membayangkan hal itu.

Realitinya itulah permainan politik kartel telur di negara ini. Dalam ruangan kecil ini pernah saya bangkitkan isu sama, berkenaan ayam mogokkah tidak bertelur dan mengeluarkan hasil apabila tiba waktu tertentu sahaja?

Isu ini sangat serius sebenarnya. Ia bukan sekadar mengenai hak pengguna tetapi lebih besar daripada itu ia membabitkan isu nyawa dan kemanusiaan.

Telur yang sudah rosak biasanya tercemar dengan pelbagai jenis bakteria khususnya bakteria salmonella, yang boleh menjejaskan kesihatan dalaman kita termasuk risiko kehilangan nyawa.
Makan telur yang sudah rosak dan tamat tempoh meningkatkan risiko cirit-birit, deman dan loya malah boleh membawa kepada kematian.

Laman Public Health Malaysia, mendedahkan antara ciri-ciri telur yang sudah rosak dan tamat tempoh ialah kulit telur berdebu yang menunjukkan pembentukan kulat, retak, mengeluarkan bau hanyir dan busuk. Bila pecahkan telur, warna putih telur berubah. Bagi yang sudah membeli, cuba letak telur dalam air. Kalau ia terapung, ia menunjukkan telur tersebut, dah lama.

Tetapi, kalau kita membeli telur lama tetapi siap dimakan seperti di kedai makan dan restoran, bagaimana? Risau juga memikirkannya sebab saya antara yang selalu makan luar sebab bekerja.

Saya kira peniaga juga terjejas dengan isu telur ini. Contohnya peniaga kuih muih menggunakan telur lama dalam menu dihasilkan, sudah pasti hasilnya juga tidak berkualiti. Pengakhirannya, bukan dapat keseronokan berniaga seperti dihajatkan, tetapi sumpah seranah pelanggan sebab menjual produk tidak berkualiti.

Sudah bertahun isu ini dibangkitkan tetapi belum nampak jalan penyelesaian. Tidak seriuskah menangani hal yang membabitkan nyawa?

Seharusnya telur berkenaan ditarik daripada pasaran. Nyawa pengguna bukan bahan taruhan.

Kalau ditanya kepada saya, memang saya boikot saja telur buat masa ini. Jangan beli sebab kita membeli benda yang rosak.
Lebih geram apabila harganya pun bukannya murah.

———
Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya