Ramai orang menganggap influenza sekadar membuatkan penghidapnya demam selesema dan mengalami komplikasi radang paru-paru, tetapi hakikatnya ia menyebabkan serangan jantung dan strok. Kajian dijalankan baru-baru ini memberikan amaran, influenza meningkatkan risiko berlakunya serangan jantung sebanyak lebih 10 kali ganda dalam masa tujuh hari pertama selepas mendapat influenza. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4Life, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, influenza tidak terhad kepada demam, hidung berhingus, batuk dan sakit-sakit badan sahaja tetapi berisiko memudaratkan jantung. Di mana risikonya lebih tinggi dalam kalangan warga emas berusia 65 tahun ke atas walapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya