Rumah Saidina Abu Ayyub al-Ansori menjadi sangat istimewa kerana semasa Nabi SAW tiba di perkampungan Bani al-Najjar, baginda tinggal sementara di rumah Saidina Abu Ayyub sehinggalah rumah baginda siap dibina berhampiran Masjid al-Nabawi ketika itu. Dalam peristiwa hijrah, golongan al-Ansar amat teruja dengan kedatangan Rasulullah SAW ke bumi Madinah atau nama lamanya Yathrib sehingga masing-masing berebut mempelawa baginda SAW menginap di rumah mereka. Sehingga ada yang memegang tali kekang unta Rasulullah SAW supaya ia berhenti di depan rumah mereka. Nabi SAW bersabda kepada mereka: Biarkanlah ia kerana sesungguhnya ia adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya