Seringkali kita dengar ibu bapa atau penjaga mengesan benjolan pada bahagian ari-ari dan kadang-kala hingga ke skrotum (kantung buah zakar) anak lelaki mereka sewaktu ingin memandikan atau menukar lampin mereka. Benjolan ini menjadi lebih ketara apabila anak mereka menangis atau meneran, tetapi hilang apabila mereka berada dalam keadaan rehat dan baring. Penyakit ini dikenali sebagai angin pasang atau istilah perubatannya inguinal hernia. Menurut Pakar Bedah Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Puteri, Dr. Mohd. Razali Zakaria, angin pasang terjadi kerana terdapat bukaan pada bahagian ari-ari individu. Bukaan ini pada asalnya adalah laluan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya