Arus fotografi kamera digital berkembang pesat semenjak tahun 1990-an, serba sedikit membuatkan kita semakin lupa zaman kegemilangan kamera tradisional. Namun, tidak dinafikan, masih ramai lagi peminat serta pengamal fotografi analog di Malaysia. Golongan ini selalunya terdiri dari veteran fotografi, tidak kurang juga anak muda yang mewarisi minat ibu bapa mereka, mahupun yang punyai keinginan sendiri mengambil gambar menggunakan kamera filem. Bilik gelap adalah perkara asing yang jarang didengar oleh generasi muda. Jika ditanya tentang bilik gelap, ramai tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan di dalamnya dan mengapakah ianya dipanggil bilik gelap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya