Industri batik di Sabah mungkin tidak serancak di Pantai Timur, namun itu bukan penghalang buat seorang penggiat fesyen di negeri ini untuk terus memartabatkan seni berkenaan. Berbekalkan empat tahun pengalaman dalam bidang ini, Immah Palmbang, 52, dari Kampung Tabanak di Lahad Datu mengambil langkah berani memulakan penghasilan batik menggunakan teknik baharu iaitu cetakan eko. Teknik tersebut mula dipelajari pemilik Alnisya Collection itu sejak 2020, hasil tunjuk ajar anak angkatnya yang berasal dari Indonesia. Immah berkata, cetakan eko lebih popular di negara jiran kerana bersifat mesra alam apabila menggunakan tumbuhan semula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya