ANYAMAN tekstil menjadi jambatan komuniti di seluruh dunia. Penenun menterjemahkan rasa cinta dan menghormati warisan melalui kepelbagaian warna, tekstur dan corak. Ia menukilkan kekayaan sejarah, kisah dan pusaka yang dihormati melalui peredaran masa. Dua dekad lalu, permulaan episod perjalanan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam memelihara dan menghidupkan semula tradisi budaya tenunan. Ia bermula ketika Seri Paduka Baginda memberi tumpuan kepada pembangunan dan penjenamaan semula tenun Pahang kepada Tenun Pahang Diraja di Pulau Keladi, Pekan Pahang dengan menyemai benih, memupuk dan mempromosikan industri tenunan. Berbekalkan kesabaran dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya