Kanser paru-paru merupakan kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser dalam kalangan lelaki. Paling membimbangkan, kebanyakan kes dikesan lewat mengakibatkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis berkenaan berbanding kanser jenis lain. Justeru, Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group berganding bahu bersama pusat rawatan kanser swasta, Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway, menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma. Program itu menyasarkan untuk meluaskan lagi akses kepada orang ramai untuk menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih iaitu Qure.ai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya