Memang perkara normal apabila wanita di awal kehamilan mengalami alahan seperti loya dan muntah-muntah yang turut dikenali sebagai morning sickness. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon semasa hamil dan boleh terjadi pagi atau malam. Bagaimanapun, keadaan ini boleh mengganggu kehidupan seharian ibu hamil sekiranya rasa loya dan muntah berterusan atau semakin teruk. Dianggarkan 50 hingga 90 peratus wanita hamil mengalami alahan terutama berkaitan loya dan muntah di awal kehamilan, dan akan beransur hilang apabila kandungan semakin membesar. Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Nuguelis Razali berkata, selalunya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya