Itu bukan perangai rockstar - Datuk Awie - Utusan Malaysia

Itu bukan perangai rockstar – Datuk Awie

Datuk Awie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie,53, tidak bersetuju jika mana-mana artis menggunakan kedudukan bintang rock sebagai lesen untuk berkelakuan biadab ketika membuat persembahan di khalayak.

Menurut Awie, setiap artis, terutama berbangsa Melayu wajar menjaga adab dan tatasusila, walaupun umum tahu genre muzik rock keras dan memiliki budaya tersendiri.

“Sebenarnya ada beza antara bintang rock dengan ‘beruk’. Kalau rockers, dia tidak begitu. Kalau ‘beruk’, begitulah agaknya. Adab budaya kita orang Melayu tinggi.

“Kalau biadab, itu bukan orang Melayu. Kita walaupun rock macam mana, biarlah beradab. Kasihanlah pada ibu bapa yang telah melahirkan dan mendidik kita dengan adab, sopan santun, ajar mengaji serta belajar pandai, tetapi tiba-tiba kita hancurkan dan jadi begitu, kenapa?

“Tidak boleh begitu. Saya tahu muzik rock ini banyak pecahan genre dan masing-masing ada budaya tersendiri yang asalnya dari luar. Janganlah ambil yang negatif itu. Kita janganlah membudayakan kelakuan yang tidak baik itu di sini,” katanya.

Awie berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Konsert Wings Naga Kramat, di sini.

Selain itu, Awie menegaskan, sekiranya artis memiliki masalah peribadi, tidak wajar dibawa ke pentas, terutama ketika melakukan persembahan di khalayak.

“Saya sudah 37 tahun menyanyi lagu rock. Kalau ada masalah peribadi, jangan kita ‘hentak’ di pentas dan membiarkan orang tahu.

“Bukan tidak boleh luah, tetapi lepaskan ia menerusi tulisan dalam lirik atau muzik misalnya, selagi tidak mendatangkan fitnah dan mudarat.

“Karakter sebagai penyanyi rock itu sudah cukup boleh membangunkan sesebuah band. Tidak perlu sikap atau kelakuan yang tidak beradab,”katanya.

Awie juga berkata, sekiranya seseorang artis melakukan kesilapan, teguran harus diberikan agar kelemahan yang ada dapat diperbetulkan.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang vokalis kumpulan rock meludah di pentas semasa membuat persembahan di sebuah festival muzik, baru-baru ini.

Perbuatan penyanyi itu mencetuskan pelbagai reaksi peminat yang beranggapan tindakannya itu tidak mencerminkan budaya tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya