BAHASA Sanskrit yang berusia lebih 4,000 tahun sering dikatakan sudah pupus kerana tidak digunakan dalam komunikasi harian. Namun, sebenarnya bahasa itu masih digunakan dalam teks suci agama Hindu di seluruh dunia. Usaha mempelajari bahasa klasik itu masih segar di India, Amerika Syarikat dan Eropah. Malah, tanpa kita sedari, bahasa Sanskrit masih terus hidup dan bernyawa menerusi bahasa Melayu. Apabila saya sebut bahasa Melayu, termasuklah Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Misalnya, perkataan ‘bahasa’ itu sendiri adalah istilah Sanskrit. Apa yang menarik, bhasa (Sanskrit) merujuk kepada bahasa percakapan sehari-hari sebagai lawan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya